Thursday, 22 September 2016
Pengenalan
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Permainan
tradisional masyarakat di Malaysia perlu dikekalkan. Antara permainan tradisi
masyarakat Malaysia termasuklah sepak raga, congkak, catur cina, silambam dan
sebagainya. Permainan ini biasanya dimainkan secara berkumpulan dan memerlukan
sikap bekerjasama dan saling membantu.
Wednesday, 21 September 2016
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Sepak Raga

Klik di sini untuk mengetahui cara bermain sepak takraw.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal
dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular
sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
Xiang Qi
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi
bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina.
Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di
China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan
yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu
dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang
mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
Yo-yo Cina

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Kho-kho

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun,
hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam
permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara
lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah
setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan
duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala,
pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap
pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain
lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa
melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan
sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran
mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho
Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah
seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi
permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
Chaturanga

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan
Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat
pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti
"memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu
juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah
formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah
sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer
India saat itu.
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain
Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan
Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang
penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik,
perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat
lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah
produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta
memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan
nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang
kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak
lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion
dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
Penutup
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada permainan
tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan
badan dan dapat memelihara warisan budaya. Selain itu, negara dapat
mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu
diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Oleh itu, masyarakat Malaysia harus
memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang ini yang begitu bermakna.
Subscribe to:
Posts (Atom)